Saturday 27 February 2010

Tri & Fynn

setiap baris kata adinda
setiap hela nafas kekasih
membuat aku selalu ada
membuat masa rasa tersisih

andai bisa aku
peluk dia
belai dia
kasih dia

takkan pernah aku lepas
kerana kau jiwaku bebas
untuk mencinta kamu
duhai isteri

jangan pernah kau bangun dari realiti lagi
kerana hanya di sini kasih kita meniti
dan jangan kau hanyut dalam fantasi lagi
kerana begitu ku rasa ingin mati

-hidayah-

.....

damn, jari masih menggigil selepas klik butang "send"
pilihan paling bijak ke hantar puisi kepada
seorang pemusik, yang isterinya pemuisi?
argh, itulah padah terlalu ikutkan hati!

kak fynn, penangan akaklah saya separuh sedar reka puisi untuk suami awak
siapa suruh akak lovey_dovey, kan saya dah terbaca?

adeh, adil ke aku salahkan mereka-mereka?
sedangkan aku sendiri separuh sedar
sedangkan aku tidak merasa
apa yang mereka sedang lalui...

love forever
buat Nur Affina Yanti dan Hazrilfitri

Draft from my cell phone... Part 1

29 December 2010, 02:07
Anak mata terasa penat mahu dikatup. Ia asyik terbuka bagai spring berkarat. Benci betul!


04 January 2010, 23:42
Mata tak mahu terkatup, sedangkan aku sudah mengantuk. Kalaupun terkatup, lena tak mahu hinggap di sini. Yang rakus mengganggu hanyalah nyamuk. Damn!


23 January 2010, 15:58
Tiba-tiba rasa sakit hati bila tengok telefon tanpa missed call dan unread message. Damn!


24 January 2010, 20:07
Sakit mata memandang, sakit lagi hati terguris


26 January 2010, 15:37
Is that good to be sensitive? When we knew that ourselves is over sensitive, should we let it be and cry every time they laugh at us? If that so, no wonder that some of the people really hate you. Hmm...


27 January 2010, 16:59
Salah aku ke kalau kau bencikan aku? Bagi akulah, benda ni tak relevan langsung. Kalaupun betul kau bencikan aku, salah ke kalau kau maafkan aku?


03 February 2010, 18:14
Silent is the best way to defend ourselves - things that I learned today.. Crazy, but believe me.. It really works..


06 February 2010, 22:20
Always be yourself no matter what happen. When you have more than one personality, just pray that he will accept you by all his heart... That's all I can say, for now...!



.
.
.
.
.
.
.


Actually, there's still a lot. Next time I will upload them again.
Bye for now

Friday 26 February 2010

maka ditanya

andai bukan kita yang menjaga hati sendiri,
hati siapa lagi yang mahu dijaga?

dia?

hai, andai kata ungkapan maaf itu sangat mahal,
pasti dunia ini sudah ketandusan kasih sayang!

ya, boleh menjaga hati sendiri
tetapi bukan manjakannya.
kekadang perasaan orang lain juga perlu dijaga,
barulah hati kita akan diambil berat.

bertolak ansur sesama sendiri
untuk memastikan tiada pihak yang terasa hati.
andai kata hati itu terlalu sensitif dan kerap mahu dipujuk,
maka kamu termasuk dalam golongan orang yang paling rugi!

matangkan fikiran
dan lihat dunia dari sudut yang lain.
pasti kamu akan tahu
betapa kamu telah merugikan diri sendiri selama ini

juga, jangan terlalu memendam perasaan
kerana jika tidak diberitahu,
manakan kita tahu.

alangkan ramai yang mampu bertolak ansur,
lemahkah kamu.

sekarang, aku cabar kamu
berani tak?

Thursday 25 February 2010

Suddenly...

suddenly
when the usual warm breeze comes to me
I'm shivering

suddenly
when I closed my eyes
my tears were pouring

suddenly
when I opened my eyes
I saw nothing

suddenly...
and suddenly...
and sudddenly...

I hate the one that I used to love
and I love the one that I used to hate

and suddenly
when I looked at the surface of the water
I said: who's that?

suddenly
I don't know who am I...

BadGirl Company

BadGirl Company ialah satu laman di mana tuan punya blog
ingin berpuitis
ingin berdebat
ingin bercerita
ingin berbicara
ingin mencipta
ingin menulis
ingin berkarya

BadGirl Company tidak akan menerbitkan hasil karya dari blog ini
ia sekadar satu laman sosial
jadi sila
HORMAT

anda tidak dibenarkan
- mencetak
- meniru
- mencuri

oh ya!
jika mahu, sila minta
saya tidak akan menjual hasil karya buat masa ini
cuma sila hormat hak saya

...

saya minta maaf kerana saya terpaksa bertegas
kerana insiden sebelum ini banyak mengajar saya
untuk bertindak dengan lebih bijak

I will be writing in Bahasa and English
so, do drop by when you're free

goodbye for now

I Rest My Case