Thursday 17 February 2011

virus senyum

matahari redup sembunyi di balik awan
mahu menyembunyikan sinar
menahan ketawa melihat aku

hujan berhenti di sekerat langit
menahan tempoh untuk membasahi bumi
memberi ruang aku berlari-lari

pelangi kedekut menampakkan bias
tetap juga jauh di atas sana
penangan senyum aku lebih indah darinya

salji pula berlagu sedih
kerana dia jauh dari aku
katanya dia mahu aku

senyum aku di mana-mana
ketawa aku memecah ruang angkasa
bahasa tubuhku membuat yang lain terpana

ya, aku bahagia
dan senyumku itu virus
dibawa kemana saja
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi
aku tak minta ia kekal
kerana aku ini tipikalnya manusia

aku perlu sedih
supaya aku tahu nilai sebuah senyuman
supaya aku tahu nilai setitis air mata

henyaklah aku sekuat mana
itu yang aku pegang
:)


notakaki: plan nak upload gambar. tapi tak jadi sebab gambar aku yang paling jujur senyumnya (setakat yang ada dalam simpanan aku sekarang ini), merupakan gambar yang tidak bertudung.


harapnya selepas ini masih ada waktunya aku bahagia
walau masalah lain sedang memanggil
aku pekakkan telinga sebentar

kerana hati aku sedang ketawa
dan aku hanya mahu mendengar yang itu

Thursday 3 February 2011

'Ada Cinta'

ralitnya
bercumbu sama angin lalu
yang mengibar-ngibar rambutku
yang separas bahu

simboliknya
seakan-akan kau yang mengusap
lantas kau selit rambut di telingaku
penuh kasih cinta

mungkin
kita semakin lelah--
bermain tarik tali
bermain lari-lari

namun
tidak pula kita bersua muka
masih tidak berani menyapa

ah
barangkali bertepatan sama lagu ini
cinta itu ada
namun sukar menuturnya

Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu
Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu
Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan
Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…