andai bukan kita yang menjaga hati sendiri,
hati siapa lagi yang mahu dijaga?
dia?
hai, andai kata ungkapan maaf itu sangat mahal,
pasti dunia ini sudah ketandusan kasih sayang!
ya, boleh menjaga hati sendiri
tetapi bukan manjakannya.
kekadang perasaan orang lain juga perlu dijaga,
barulah hati kita akan diambil berat.
bertolak ansur sesama sendiri
untuk memastikan tiada pihak yang terasa hati.
andai kata hati itu terlalu sensitif dan kerap mahu dipujuk,
maka kamu termasuk dalam golongan orang yang paling rugi!
matangkan fikiran
dan lihat dunia dari sudut yang lain.
pasti kamu akan tahu
betapa kamu telah merugikan diri sendiri selama ini
juga, jangan terlalu memendam perasaan
kerana jika tidak diberitahu,
manakan kita tahu.
alangkan ramai yang mampu bertolak ansur,
lemahkah kamu.
sekarang, aku cabar kamu
berani tak?
No comments:
Post a Comment