Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, 17 February 2011

virus senyum

matahari redup sembunyi di balik awan
mahu menyembunyikan sinar
menahan ketawa melihat aku

hujan berhenti di sekerat langit
menahan tempoh untuk membasahi bumi
memberi ruang aku berlari-lari

pelangi kedekut menampakkan bias
tetap juga jauh di atas sana
penangan senyum aku lebih indah darinya

salji pula berlagu sedih
kerana dia jauh dari aku
katanya dia mahu aku

senyum aku di mana-mana
ketawa aku memecah ruang angkasa
bahasa tubuhku membuat yang lain terpana

ya, aku bahagia
dan senyumku itu virus
dibawa kemana saja
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi
aku tak minta ia kekal
kerana aku ini tipikalnya manusia

aku perlu sedih
supaya aku tahu nilai sebuah senyuman
supaya aku tahu nilai setitis air mata

henyaklah aku sekuat mana
itu yang aku pegang
:)


notakaki: plan nak upload gambar. tapi tak jadi sebab gambar aku yang paling jujur senyumnya (setakat yang ada dalam simpanan aku sekarang ini), merupakan gambar yang tidak bertudung.


harapnya selepas ini masih ada waktunya aku bahagia
walau masalah lain sedang memanggil
aku pekakkan telinga sebentar

kerana hati aku sedang ketawa
dan aku hanya mahu mendengar yang itu

Thursday, 3 February 2011

'Ada Cinta'

ralitnya
bercumbu sama angin lalu
yang mengibar-ngibar rambutku
yang separas bahu

simboliknya
seakan-akan kau yang mengusap
lantas kau selit rambut di telingaku
penuh kasih cinta

mungkin
kita semakin lelah--
bermain tarik tali
bermain lari-lari

namun
tidak pula kita bersua muka
masih tidak berani menyapa

ah
barangkali bertepatan sama lagu ini
cinta itu ada
namun sukar menuturnya

Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu
Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu
Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan
Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…


Saturday, 22 January 2011

tidak mengapa

seperti dia
aku ingin terbang
seperti dia
aku mahu berjuang

seperti mereka
aku tak mahu tersia
seperti mereka
aku mahu bersuara

seperti kamu
aku mahu menunggu
seperti kamu
aku tak mahu layu

andai ombak bisa memamah pantai
bisa juga aku mencuri hatimu
andai angin bisa meniup badai
bisa juga aku mati keranamu

kerana degup jantungmu
ialah nadiku
kerana hela nafasmu
ialah hidupku

biar dia tinggi di awan
aku di tanah tidak mengapa
biar dia selam di lautan
aku di parit tidak mengapa
biar dia berbalut sutera
aku bercamping tidak mengapa

biar dia hidup seribu tahun lagi
namun jangan dibiarkan aku mati--
kerana kesusahannya itu kesusahanku
keperitan aku itu keperitanku

aku mahu menyumbang nadi kepadanya
walau tidak seberapa
aku mahu menyuap nafas kepadanya
walau milikku hanya beberapa

biar, biar dia di atas mahligai
aku bersimpuh di atas pasir tidak mengapa

tidak mengapa

Monday, 17 January 2011

seperti kebiasaannya

laut itu biru dan dalam
begitu banyak yang tersimpan di dalamnya
ada yang lama
ada yang baru

langit itu terbentang luas
padanya terdapat banyak impian
yang termampu dicapai
dan yang tak termampu dilihat

seperca apapun jua yang melintas
pasti akan tertancap di laluan mata
terkadang, tak mampu ditafsirkan

ah!
tak tercapai akalku

apa mampu aku
menyatakannya dalam bentuk ini?

.
.
.
.
.
.
.

semenjak dua ini
aku rasa aku dah banyak berubah

seperti kebiasaannya
aku tak tahu itu
:)

Tuesday, 13 April 2010

randomness

madah berhelah kau sulamkan
membuat benci ku sangka sayang
pada syurga di wajahmu
hanya di alam fana cinta ku temui

biarlah rahsia bicara hatiku
rasa yang tertinggal biarku lupa
meski tangis syukur bernada derita
namun tempatku bukan disini

cukuplah sekali kau sulam janji
karena wanita bukanlah boneka
meski janji manismu lerluah bicara
anggapanmu aku wanita lemah

akukan terus pergi membawa hati lara
kau fikirlah mengapa aku perlu kamu
aku dan dirimu tak bisa bersama
meski aku terlanjur cinta padamu

dan sebenarnya ku pendam rasa
warkah yang kau tinggalkan padaku
ingin ku miliki hatimu
meski kau jadikan aku yang kedua

di mana cinta yang kau janjikan
dingginnya hati tatkala purnama merindu
malam yang dingin mensuk kalbu
aku merana demi cinta

ingatlah diriku yang pernah mencintaimu
dan jangan pernah berubah cintamu
kotak hati yang terkunci rapat
biar dibelah samudera tak mungkin terbuka

meski aku jatuh cinta lagi
kan ku seru jalinan cinta yang baru
akan ku jadikan dia bidadari syurgaku
kerana kau hanya pemain cinta

selagi ada rindu di hati
ayat-ayat cintamu tak mungkin ku lupa
aku pernah menjadi permaisuri di hatimu
atas nama cinta aku redhai perpisahan ini

meski kasih antara kita telah pudar
bahagiakanlah wanita yang kau pilih
siapa aku
di hatimu
yang hanya melukut di tepi gantang

ku curahkan kesetiaan yang tiada tara
namun gerimis mengundang derita
ingin ku merawat luka terpendam
meski hati menjerit ku ingin kamu

usahlah kau berdusta lagi
aku juga bisa berdiri sendiri
meski ia suratan atau kebetulan
akukan pergi membawa hati lara

Friday, 19 March 2010

mana janji manismu, mencintaiku sampai mati...?

pelangi itu saksi kita
langit bumi saksi kita
telinga aku saksi cinta
bicara kata cinta kita

separuh mati dikerat nyawa
aku tetap kau sanjung
dilempar angin segala dusta
aku tetap kau junjung

hanya kerana sepercik api neraka dunia
segala janji "akan mencinta"
segala lafaz "kau ku puja"
hanya ditinggal saja

setelah hati ini kau buka
setelah jiwa ini kau teroka
begitu mudah kau melempar
begitu mudah cintamu bergetar

dan kini tinggal aku
dibawa angin lalu
ditemani sendu

sudah cukup puas aku menangis
sudah cukup puas aku persoal
sehingga tiada lagi untuk dirembes
sehingga tiada lagi buat penyangkal

tinggal pelangi mengia kata
tinggal bumi buat peneman
tinggal langit buat pelindung

dan

tinggal sisa janji cintamu
buat dihirup basi nyawaku--

yang sedang mati

Sunday, 14 March 2010

jiwa yang sedang kacau

sekian lama aku tak meng-upload blog ini
hidup aku semakin haru

menulis ialah dadah aku dan aku tak mampu berhenti
berkhayal ialah picagari aku dan ia takkan pernah tiada
bahasa ialah apa yang aku cinta dan ia takkan pernah mati

namun apakan daya
masa amat cemburu sama aku
terkadang ia tidak mengizinkan aku meminjamnya
walau sedetik

...


time waits for no man


rasanya betullah
sehingga cinta aku berada di hujung nyawa
hampir merodok tangkal jantungku


masa seakan menjeling tajam kearahku
sambil mengherdik "bersegeralah kamu!"
sehingga aku tiada berkesempatan untuk bercinta sama cinta aku


wahai cinta aku
dia ada dalam diri aku
dia ada di setiap patah kata aku
dia ada di sisi aku


tapi cara untuk aku bercinta dengannya
ialah dengan menulis


wahai masa
sudilah untuk meminjamkan sedetik kamu buatku
kasihanilah aku yang semakin kepudaran cintanya
yang semakin beku hari-harinya
hanya kerana kamu yang berkeras mahu kedekut sama aku


aku mahu cinta aku kembali
aku mahu hirup setiap titis bicara yang ditulis
buat pembasah tekak yang ketandusan puitis


wahai masa, kembalikanlah cinta aku
kembalikanlah...

Saturday, 6 March 2010

adilkah

betul ke hati salah seorang manusia itu dicipta untuk
dilukai dan disakiti
berdosakah andai kata hatinya ditempias sedikit bahagia

adakah adil bagi dirinya jika setiap yang lain berhak menikmati bahagia manakala dia tidak, hanya kerana dia terpaksa menanggung segala derita setiap yang bahagia

apakah dia kuat menghadapinya?

gugurkah air matanya tatkala dia kesepian dan keseorangan menganyam derita tatkala melihat senyuman di wajah yang lain, sedangkan dia langsung tidak mampu untuk menoreh secalit senyuman di wajahnya

Tuhan, adilkah begini?
jika benar adil, kenapa aku sakit...

Wednesday, 3 March 2010

identiti

kau tak perlu bimbang siapa kau di mata aku
kau harus gusar terhadap apa akalmu tafsir
tatkala matamu menatap imej di hadapan cermin
di tempat kau berdiri

hidup ini hipokrit jika aku kata mudah
ia sentiasa susah dan banyak rintangan

biar jadi macam layang-layang
segala rempuhan angin lintang tidak menjadikan ia gugur
malah terbang lebih tinggi--

walau terikat...

Monday, 1 March 2010

andai kata

andai bisa jiwa ini aku lebur
akan aku tuang ke dalam gelas kristal
buat tekakmu yang tandus

kerana desah nafasmu
bisa meleburkan aku
yang setia di sampingmu

andai kata hati ini bisa aku lapah
akan ku persembahkan buat mu
untuk kau lihat sebagai bukti
hanya engkau yang pernah ada di situ

andai kata bulan dan bintang bisa aku petik buat mu
akan aku susun di sisi kanan dan kiri mu
walau hanya jasad kaku mu di sisi ku

.....

andai kata kau masih di sini
andai kata aku masih di sisi
kerat nyawaku separuh mati
takkan aku biar kau sendiri

hanya andai kata
masa berlalu takkan pulang
maka minumlah air mata darah ini
buat peneman hidup dan mati

Saturday, 27 February 2010

Tri & Fynn

setiap baris kata adinda
setiap hela nafas kekasih
membuat aku selalu ada
membuat masa rasa tersisih

andai bisa aku
peluk dia
belai dia
kasih dia

takkan pernah aku lepas
kerana kau jiwaku bebas
untuk mencinta kamu
duhai isteri

jangan pernah kau bangun dari realiti lagi
kerana hanya di sini kasih kita meniti
dan jangan kau hanyut dalam fantasi lagi
kerana begitu ku rasa ingin mati

-hidayah-

.....

damn, jari masih menggigil selepas klik butang "send"
pilihan paling bijak ke hantar puisi kepada
seorang pemusik, yang isterinya pemuisi?
argh, itulah padah terlalu ikutkan hati!

kak fynn, penangan akaklah saya separuh sedar reka puisi untuk suami awak
siapa suruh akak lovey_dovey, kan saya dah terbaca?

adeh, adil ke aku salahkan mereka-mereka?
sedangkan aku sendiri separuh sedar
sedangkan aku tidak merasa
apa yang mereka sedang lalui...

love forever
buat Nur Affina Yanti dan Hazrilfitri