Saturday 22 January 2011

tidak mengapa

seperti dia
aku ingin terbang
seperti dia
aku mahu berjuang

seperti mereka
aku tak mahu tersia
seperti mereka
aku mahu bersuara

seperti kamu
aku mahu menunggu
seperti kamu
aku tak mahu layu

andai ombak bisa memamah pantai
bisa juga aku mencuri hatimu
andai angin bisa meniup badai
bisa juga aku mati keranamu

kerana degup jantungmu
ialah nadiku
kerana hela nafasmu
ialah hidupku

biar dia tinggi di awan
aku di tanah tidak mengapa
biar dia selam di lautan
aku di parit tidak mengapa
biar dia berbalut sutera
aku bercamping tidak mengapa

biar dia hidup seribu tahun lagi
namun jangan dibiarkan aku mati--
kerana kesusahannya itu kesusahanku
keperitan aku itu keperitanku

aku mahu menyumbang nadi kepadanya
walau tidak seberapa
aku mahu menyuap nafas kepadanya
walau milikku hanya beberapa

biar, biar dia di atas mahligai
aku bersimpuh di atas pasir tidak mengapa

tidak mengapa

No comments:

Post a Comment